Pandangan Peribadi Ibnu Azmi Terhadap Penyebaran Syiah Di Malaysia

Hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan, adalah hari Al Quds sedunia, dan saya seperti kebanyakan umat Islam yang lain turut berkumpul di KL, bagi menunjukkan penentangan terhadap kuasa durjana ini. Di hari yang sama, terpampang di berita utama, akan adanya penyerbuan ke markaz Syiah, di dua buah negeri di Malaysia, di mana ribuan buku dirampas.

Diberitakan bahawa serbuan ini adalah tindak balas kepada aktiviti penyebaran buku-buku Syiah di masjid-masjid Malaysia, di seluruh negara. Amat menyedihkan.

Saya percaya, saya bercakap bagi majoriti penganut Syiah di Malaysia, saya ingin mengeluarkan kenyataan bahawa, saya tidaklah menyokong aktiviti penyebaran Syiah dengan cara ini, atau dengan kata lain, tidak menyokong langsung aktiviti penyebaran Syiah kepada penganut dari mazhab lain. Jelas tindakan ini, membawa manfaat yang sangat kecil jika ada, dan impak negatifnya lebih jelas kelihatan dari kebaikan.

Syiah adalah satu jalan kebenaran, dan nikmat bagi manusia yang hanya benar-benar mencari kebenaran, dan cinta dan taat yang begitu ikhlas kepada Ahlulbait(as), dan bukan calang-calang orang boleh menemui jalan ini. Hanya pencari yang akan menjumpainya.

Tindakan menyebar buku-buku secara direct seperti ini, jelas, hanya menganggu keharmonian ermasyarakat, dan akan dianggap ancaman dari penganut mazhab lain, dan hanya akan mendatangkan ancaman kembali kepada pengikut mazhab ini. Ancaman yang sengaja dicari.

Oleh itu saya ingin menyeru:

Kepada pengikut Syiah:- Jagalah akhlak kalian sebagai pengikut Ahlulbait(as), dan harap jangan mengambil tindakan yang akan dianggap sebagai provokasi dan ancaman dari pihak lain. Ingatlah firman Allah swt:

(16:125) Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Malah Ayatollah Behjat(rh) sendiri pernah memberi nasihat: ” Berdakwahlah kamu dengan cara lain dari menggunakan mulut(yakni dengan akhlak yang mulia)”. Renungkan.

Kepada saudara Sunni: Saya memohon maaf atas tindakan yang dianggap kurang wajar oleh sesetengah dari saudara kita, yang hanya mencetuskan provokasi di kalangan kita, serta dianggap tidak menjaga sensitiviti beragama kepada kalian.

Ingatlah, kami hanya menyebar Syiah secara “tidak sengaja”, boleh baca di sini.

 

About these ads
Tagged , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: